Friday, 19 September 2014

Slip Disc

Asmlkm.
Mai nak share antara pesakit yg kronik dan mencabar minda untuk bulan ni,Elias dari Taiping ni dah confirm dgn Columbia Asia slip disc di L4 dan L5(LUMBAR).bila dah scan aku confirm ada satu lagi tulang yg slip.Simpton dia sakit di tulang pinggul dan senak di dada bila bernafas, bila aku scan Elias rupanya kaki kiri dia pendek 1cm dari kanan.Bila pi kt depa standard nk kena operate dan chances 50/50 bukan sembuh tapi lumpuh.Kita doa semoga cepat sembuh dan aku dah proses mamat ni tengok minggu depan aku crita lagi.




Friday, 15 August 2014

Menurut pakar dari jabatan kesihatan.

Gejala yang Timbul.


Gambar ni pun aku search dari internet, moga-moga hampa paham. Selalunya yang sakit akan paham, yang tak sakit dia tanya banyak.Jadi, kalau sakit mai lah cuba tengok.

Struktur Tulang Belakang.


Sakit Belakang Kronik

Sakit ni kalau ikut pengalaman aku dengan haji , ada sampai peringkat cakap sendiri atau kena rasuk. Selalunya pesakit tak tahu, dia sakit apa dan keluarga pun tak paham. Lepas jumpa Doktor, jumpa Bomoh. Tapi sakit tak baik, ada yang sesak napas kerana tulang rusuk turut tergelincir, ada yang sakit bahu sepanjang masa, ada yang leher senget dan postur badan senget dan yang paling teruk tapak kasut makan sebelah. Maknanya anda berjalan senget, tapi tak tahu punca sebenar ialah sakit belakang kronik pasai dah mangli (dah biasa) atau kaki panjang sebelah.

Sakit Belakang Akut

Sakit ni sementara kadang-kadang kita ingat silap urat, boleh di urut tapi lepas seminggu dia mai balik. Bagi yang suka bersukan, bila berhenti bersukan sakit mai balik. Ada kemungkinan tulang belakang beralih atau tulang rawan bererti otot yang pegang tulang koyak. Masalah ni cepat baik kalau pesakit masih dalam lingkungan 30an. 

Rasa sakit dari tulang pinggul sampai ke lutut, rasa kebas kadang-kadang rasa ngilu kena pisau. Ada orang rasa stress,ini simptom biasa pasai central nervous system kata orang putih tersekat. Menurut Haji sum-sum dalam tulang belakang tersekat pasai disc beralih.

Pengenalan Tentang Tulang Belakang


33 patah tulang, kata haji sama dengan tasbih Subhanallah, Alhamdulillah, dan Lailahaillallah, 33 X 3 sama dengan 99 campur 1, Allah yang melengkapkan 100. To be truth, aku pun tak berapa paham.

Gejala atau simptom:
·         Sakit belakang akut - Sakit yang di alami dalam tempoh 1 hari hingga 3 bulan.
·         Sakit belakang kronik - Sakit yang di alami melebihi 3 bulan.
·         Sakit belakang berulang (recurrent) - Sakit yang berulang dalam tempoh kurang dari 3 bulan
·      Gejala dialami adalah berbeza:ada yang sekadar sakit otot atau sakit seperti ditikam yang menjalar dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain.
·         Sakit dibahagian sendi lutut dan sendi pergelangan kaki.
·         Kebas dibahagian peha dan betis.

Kaedah Rawatan Tulang Belakang Dengan Tapak Tangan

Rawatan Tulang Belakang Tradisional Haji Hashim Langgar (Kedah)



Assalamualaikum wr wb..

Ini gambar aku dengan tuan guru Tuan Haji Hashim Bin Abdurrahman.
Haji ini satu-satunya pengamal perubatan tradisional berkenaan dengan tulang, tapi master masalah tulang belakang.

Nama aku Saiful Hisham Jamal atau Hisham100 (Bagi yang tahu).
Dari Johor sampai ke Perlis, aku dah try berurut dengan pakar urut berkenaan masalah sakit belakang. Masalah ni dah lebih dari 10 tahun. Bila sampai Kedah pada tahun 2010, baru paham bukan sakit urat tapi minor slip disc (confirm dari mri di Kedah Medical centre). Paling kurang RM ribu-ribu dan last sekali operate (major operation).

Nasib dapat jumpa Tuan Haji Hashim bila kawan recommend. Bila dia pegang, confirm slip disc. Setelah 4 kali jumpa Haji, tulang dah balik ke asal. Sekarang ni dah 4 tahun aku jadi perintis ilmu Haji ini pasai katanya dia tak ada anak lelaki. Dah nak jadi rizki setiap sabtu & Minggu selama setahun aku tolong Haji di rumah dia di:


Aku kongsi pengalaman & ilmu ini untuk hangpa semua yang ada masalah tulang belakang, banyak orang tak paham beza masalah tulang dengan masalah urat. Nanti aku share dengan hangpa simptom slip disc ni dengan masalah  360 sendi tulang. 

Aku dah menetap di Kuala Lumpur sekarang ni, jadi kalau tak boleh pi utara,  boleh mai ke rumah. 

Alamat : No 2,Taman Desa Setapak,Wangsa Maju,Kuala Lumpur
Time aku free : setiap hari tapi kena wassap call tak dan kut..
No Telephone: 016 3900916 (Kalau boleh SMS la, tak kacau time kerja).
Whatsapp       : 0163900916

Lelaki dan perempuan boleh datang, aku tak letak harga, cukup dengan hangpa ikhlas & aku ikhlas pasai aku belajar ilmu ini free.